Thursday, September 8, 2016

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Dasar kebudayaan kebangsaan dibuat dengan mempertimbangan
 fakta-fakta sejarah serantau dan kedudukan negara sebagai pusat 
tamadun serta pusat pertemuan bagi aktiviti perdagangan serantau.Sebagai satu proses berterusan,
Dasar Kebudayaan Kebangsaan berteraskan tiga prinsip yang
 berikut:

1.Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini merupakan pemancaran dan perkembangan warisan kebudayaan Melayu sejak zaman-berzaman dan bertambah dengan kegemilangan serta keagungan tamadun Melayu. 
2.Unsur unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar.
 Prinsip ini bertepatan dengan penduduk berbilang kaum,iaitu 
Melayu,Cina,India,Arab
 dan lain-lain dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.




Objektif Dasar

Terdapat tiga objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti yang berikut:
1.Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.
2.Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang
 tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan.
3.Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan 
kemanusian dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan
sosioekonomi.

Strategi Dan Pelaksanaan Dasar

1. Memulih dan memelihara kebudayaan ke arah menguatkan asas asas kebudayaan kebangsaan 
2. Meningkatkan dan mengukuh kepimpinan budaya melalui usaha usaha membimbing dan melatih peminat , pendokong dan pengerak kebudayaan seluas luasnya 
3. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan , kenegaraan dan nasionalisme Malaysia
4. Membina sosiobudaya tempatan di seluruh negara 
5. Meninggikan taraf dan mutu kesenian 




Dasar Pembangunan Belia Negara

Dasar Pembangunan Belia Negara dirancang untuk melahirkan generasi belia yang berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara.Dasar ini diwujudkan adalah untuk memastikan keupayaan belia menggembleng kekuatan, ketahanan pembangunan sosial,ekonomi dan politik negara.

Matlamat Dasar Pembangunan Belia Negara adalah untuk mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari 
segi rohaniah,akliah dan jasamiah,bertanggungjawab,berdikari,
bersemangat sukarela,patriotik,serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa,agama dan negara selaras dengan 
Wawasan 2020.

Beberapa strategi akan dilaksanakan untuk mencapai dasar ini,
antaranya ialah:

1.Pembangunan Ilmu-usaha dipertingkatkan ke arah memperkembangkan ilmu 
pengetahuan dalam berbagai-bagai aspek sebagai tunggak kepada pembangunan dan kemantapan generasi belia.
2.Pembentukan Sikap-usaha ke arah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif dan kreatif dan 
dipupuk dalam kalangan belia.
3.Pembangunan Kemahiran Dan Keusahawanan-mempersiapkan belia dengan teknologi terkini ,kemahiran teknik 
dan vokasional serta kegiatan keusahawanan selaras dengan 
kehendak pembangunan negara.
4.Pemupukan Gaya Hidup Sihat-digalakkan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat 
memupuk gaya hidup sihat,cargas dan dinamik.Amalan ini akan 
dapt melahirkan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan berkualiti.
5.Kemudahan Interaksi sosial-mempertingkatkan kemudahan yang sesuai bagi menggalakkan 
aktiviti dan interaksi sosial yang sihat dalam kalangan belia dan 
masyarakat.
6.Perkongsian Dalam Pembangunan-memanfaatkan perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan,
swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk pembangunan 
generasi belia.
7.Jaringan Hubungan Antarabangsa-menggalakkan generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi
 denagn masyarakat antarabangsa.




Pelan Integriti Nasional  

Pelan Intergriti Nasional (PIN) digubal dan dilancarkan untuk 
meningkatkan kesedaran,komitmen dan kerjasama daripada 
pelbagai sektor negara dan lapisan masyarakat supaya membudayakan integriti.Tujuan PIn adalah untuk menjadikan integriti sebagai budaya masyarakat,memperkukuhkan asas moral masyarakat dan 
negara,di samping meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat 
meningkatkan daya saing dan daya tahan negara dalam usaha 
menangani cabaran globalisasi.

Rasional PIN adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia 
mengikut acuan sendiri menjelang tahun 2020.Fokus terpenting 
ialah peningkatan dan pemantapan etika serta integriti yang perlu 
menjadi budaya masyarakat.Pembangunan dan pertumbuhan 
negara yang dicapai setakat ini banyak didasari oleh pengukuhan
 elemen nilai-nilai murni,integriti,ketulusan dan akauntabiliti.

PIN diteruskan pada fasa kedua mulai tahun 2009 dengan 
memperkenalkan  lima tekad integriti,iaitu merangkumi yang 
berikut:

1.Tekad Integriti Satu-memerangi gejala rasuah,penyelewengan dan salah guna kuasa 
secara menyeluruh dan berkesan.
2.Tekad Integriti Kedua-meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah biokrasi.
3.Tekad Integriti Ketiga-meningkatkan tadbir urus korporat,etika perniagaan dan 
tanggungjawab sosial korporat.
4.Tekad Integriti Keempat-memantapkan institusi keluarga dan komuniti.
5.Tekad Integriti Kelima-meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.






Friday, August 26, 2016

DASAR-DASAR UTAMA MALAYSIA 

Dalam tempoh 20 tahan perlaksanaa DEB 1970 hingga 1960 dan rancangan jangka panjang utama (RRJP1), ekonomi Malaysia telah berkembang pesat dan mengangumkan walaupun menghadapi pelbagai masalah dan cabaran. Kerajaan melancarkan rangka rancangan panjang kedua (RRJP2) berasaskan dasar pembangunan nasional (DPN). Matlamat utama DPN ialah membentuk masyarakat bersatu padu disamping membina kestabilan politik, ekonomi dan sosial.

  DPN digubal merangkumi perkara-perkara beikut:

  1. Mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan pengagihan yang saksama.
  2. memastikan pembangunan yang seimbang bagi semua sektor ekonomi yang utama dan pertumbuhan saksama.
  3. mengurangkan dan menghapuskan susana sosial dan ekonomi yang tidak seimbang serta menggalakkan perkongsian yang adil daripada pembangunan negara.
  4. Mengalakkan dan mengukuhkan integrasi nasional menerusi pengurangan atau menghapuskan jurang perbezaan pembangunan.
  5. Membangunkan sebuah masyarakat yang maju dan dapat menikmati kesejahteraan yang tinggi.
  6. Memajukan pembangunan sumber manusia dan menwujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif.
  7. Menjadikan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi.
DPN juga memberi fokus pada strategi-strategi berikut :
  1. Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan.
  2. Persaingan antara bangsa.
  3. Wawasan 2020 -menjelang 2020 Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara maju.