Sudah terang lagi bersuluh bahawa remaja merupakan tunggak negara. Remaja merupakan pemimpin negara yang mana mereka ini bakal mentadbir negara pada masa akan datang. Hal ini jelas bahawa peranan remaja pada masa kini sangat penting dalam negara. Remaja memainkan peranan di mana mereka mestilah mempunyai akhlak yang baik dan berbudi pekerti. Pada umumnya, remaja memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi negara. Peranan remaja ini memberikan impak yang besar dalam pembangunan negara. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa remaja kini majoritinya sudah terpesong dengan gejala-gejala negatif yang membawa kepada kemerosotan akhlak. Hali ni akan mempengaruhi akhlak remaja pada masa akan datang yang mana akan menyebabkan lahirnya remaja yang tidak berpotensi dalam pembangunan ekonomi negara.
Oleh yang demikian, sebagai remaja kita mestilah memikirkan apa yang bakal terjadi sekiranya habit-habit sebegitu rupa diteruskan. Apakah yang bakal terjadi kepada ekonomi pembangunan negara? Selain itu, gologan remaja ini juga mestilah sentiasa berfikiran terbuka dalam menangani apa-apa yang berkaitan dengan pembangunan negara. Perkara sedemikian dapat melahirkan remaja yang berpandangan jauh.
Seterusnya, remaja mengamalkan 5 prinsip Rukun Negara dalam kehidupan. Hal ini kerana, perkara yang tekandung di dalamnya jelas dan patut kita contohi supaya hidup kita sentiasa dalam keadaan yang baik dan tidak terjerumus kepada anasir yang tidak baik. Oleh itu, jelaslah bahawa Prinsip Rukun Negara ini sewajarnya dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia tidak kira tua mahupun muda, terutama sekali kepada golongan remaja yang mana mereka bakal mentadbir negara pada masa hadapan.Oleh itu, sebagai remakja kita mestilah memikirkan apa yang terbaik untuk diri, keluarga, masyarakat dan terutama sekali negara. Remaja seharusnya muhasabah diri dalam setiap perkara agar mereka tahu perkara mana yang harus ditinggalkan dan yang mana harus dimantapkan. Dengan itu, dapatlah kita lihat generasi ini berperanan dalam pembangunan ekonomi negara dengan sebaiknya
No comments:
Post a Comment