DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


Dasar Kebudayaan kebangsaan dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta sejarah serantau dan kedudukan negara sebagai pusat tamadun serta pusat pertemuan bagi aktiviti perdagangan serantau. Sebagai satu proses berterusan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan berteraskan tiga prinsip yang berikut:

  1. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini yang merupakan pemacaran dan pengembangan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman- berzaman dan ditambah dengan kegemilangan serta keangungan tamadun Melayu.
  2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar. Prinsip ini bertepatan dengan penduduk berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India, Arab dan lain-lain dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.
  3. Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu membawa satu perubahan terhadap pandangan hidup yang amat bererti dalam kalangan rakyat.

 Terdapat 3 Objektif dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti berikut :
  1. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.
  2. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan.
  3. Memperdaya dan mempertimbangkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. 
Strategi dan Pelaksanaan Dasar

Strategi dan perlaksaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah seperti berikut:
  1. Memulih, memelihara dan membangunkan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya.
  2. Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usahamembimbing dan melatih peminat, pendokong dan penggerak kebudayaan sebagai jentera pembangunan.
  3. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia. 
  4. Membina sosiobudaya tempatan di seluruh negara.
  5. Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
Pembinaan Kebudayaan ini adalah penting untuk melahirkan nilai-nilai dinamik, progresif, demokratik dan rasional serta kasih sayang akan negara.Perkembagan ini mengikut pemikiran, nilai, pandangan dan perubahan masyarakat.



No comments:

Post a Comment