Matlamat Dasar Pembangunan Belia Negara Negara adalah untuk mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggunajawab dan sebagainya.
Beberapa Strategi akan dilaksanakan untuk mencapai dasar ini. Antaranya ialah :
- Pembangunan ilmu- Usaha dipertingkatkan ke arah memperkembagan ilmu pengetahuan dalam berbagai-bagai aspek.
- Pembentukan sikap- Usaha ke arah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif dan kreatif.
- Pembangunan kemahiran dan keusahawanan- Merpersiapkan belia dengan teknologi terkini, kemahiran teknik dna vokasional serta kegiatan keusahawanan.
- Pemupukan gaya hidup sihat- Menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk gaya hidup sihat.
- Kemudahan interasi sosial- Mempertingkatkan kemudahan yang sesuai bagi mengalakkan aktiviti dan interaksi sosial yang sihat dalam kalangan belia dan sukan.
- Perkongsian dalam pembangunan- Memanfaatkan perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk pembangunan.
- Jaringan hubungan antarabangsa- Mengalakkan generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat antarabangsa.
Prinsip perlaksaan dasar ialah menyelaras semua program dan aktiviti berasaskan strategi dan pelan tindakan yang telah ditentukan berteraskan kepada prinsip-prinsip Rukan Negara dan dasar-dasar utama negara yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment